Kekecohan dan Kebangkitan Isu Peristiwa Memali 1985

Pada 13 Ogos 2017, sekitar 5.30 petang, kekecohan telah tercetus pada forum Nothing to Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan berkenaan dengan tragedi Memali. Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau secara tiba-tiba membaling kasut diikuti dengan suar, kerusi dan botol air ke arah pentas khas yang disediakan, di mana Dr Mahathir berada ketika itu. Dua bom asap turut dilemparkan ke atas peserta, sekali gus mencetuskan panik di kalangan pemimpin dan peserta yang mengikuti forum itu. Berlaku pergelutan dalam kalangan penyokong Dr Mahathir dan peserta yang tidak berpuas hati.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kemudiannya diselamatkan oleh penganjur program. Kesemua pemimpin Pakatan Harapan yang hadir turut diiring keluar dengan ketat oleh pihak keselamatan forum. Program tersebut yang pada awalnya dijadual berakhir pada jam 6 petang terpaksa dihentikan awal. [19] Parti Islam Se-Malaysia dan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) juga mendesak satu siasatan rapi dilakukan terhadap kekecohan yang berlaku semasa forum tersebut. Pihak polis akhirnya menjalankan siasatan rapi mengenai punca kekecohan di forum tersebut.[20] Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS melahirkan kekesalan dan kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negara demokrasi seperti Malaysia yang seharusnya membina budaya politik lebih matang.[21][22]

Berikutan kekecohan ini, beberapa pihak kembali membangkitkan isu ini dan telah mengesa kerajaan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat ditubuhkan bagi menyiasat tragedi Memali tersebut.[23][24][25]

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa Memali 1985 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan... http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/201... http://peceq.blogspot.com/2014/04/4556-kertas-peri... http://syuhada-melayu.blogspot.com http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... //scholar.google.com/scholar?q=%22Peristiwa+Memali... //www.google.com/search?&q=%22Peristiwa+Memali+198... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Peris... //www.google.com/search?q=%22Peristiwa+Memali+1985... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Peristiwa+M...